Syarat-syarat Penyertaan Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014


Pengenalan

Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 merupakan satu pertandingan kandungan terbitan tempatan terbaik. Kandungan yang disertakan untuk pertandingan ini adalah dalam bentuk VIDEO, PORTAL INTERNET ataupun APLIKASI MUDAH ALIH. Tema bagi pertandingan ini adalah “Jalur Lebar Untuk Pendidikan”

Tarikh Tutup Penyertaan : 15 Ogos 2014


Syarat Penyertaan

A. Maklumat Peraduan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 adalah anjuran bersama oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Radio Televisyen Malaysia (RTM), Telekom Malaysia dan Media Prima Digital.
  2. Tema bagi pertandingan ini adalah Jalur Lebar Untuk Pendidikan dan mestilah berbahasa Malaysia.
B. Kelayakan Pertandingan
  1. Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 terbuka kepada para pelajar sekolah menengah di seluruh Malaysia.
  2. Pelajar yang ingin menyertai mestilah warganegara Malaysia.
C. Terma dan syarat pertandingan
  1. Penyertaan adalah secara berkumpulan dan setiap kumpulan hendaklah terdiri daripada empat (4) orang pelajar.
  2. Video penyertaan hendaklah dimuatnaik ke laman http://lrk.mcmc.gov.my selewat-lewatnya pada 15 Ogos 2014. Penyertaan yang tiba lewat dari tarikh tutup tidak akan diterima.
  3. Penyertaan bagi kategori VIDEO hendaklah di antara 2-5 minit dan video keterangan projek bagi kategori PORTAL INTERNET dan APLIKASI MUDAH ALIH hendaklah tidak lebih dari 1 minit.
  4. Penyertaan bagi kategori VIDEO boleh dihantar dalam bentuk dokumentari, sketsa pendek, iklan atau mesej khidmat awam.
  5. Penyertaan hendaklah memaparkan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia dan tidak menyinggung mana-mana pihak.
  6. Produksi mestilah karya asal pemohon dan tidak pernah menyertai di dalam mana-mana pertandingan peringkat kebangsaan atau antarabangsa.
  7. Setiap kumpulan boleh menghantar seberapa banyak penyertaan.
  8. Penyertaan adalah percuma.
  9. Bukti penghantaran tidak dianggap bukti penerimaan. Surat pengesahan rasmi penerimaan akan dikeluarkan oleh Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif 2014 kepada pihak Sekolah.
  10. Sekretariat berhak menolak penyertaan yang tidak lengkap.
  11. Salinan DVD dan bahan-bahan lain yang diterima tidak akan dikembalikan.
  12. Penyertaan akan dibatalkan sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli/diciplak.
  13. Kemenangan peserta akan dibatalkan dan hadiah-hadiah yang diterima akan ditarik balik sekiranya hasil karya tidak asli/diciplak.
  14. Keputusan Panel Juri adalah muktamad. Sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.
  15. Hak cipta produksi adalah hak milik peserta. Peserta mestilah membenarkan Sekretariat Pertandingan Liga Remaja Kreatif menggunakan produksi tersebut bagi tujuan promosi dan siaran sebelum, semasa dan selepas pertandingan.
  16. Peserta juga mestilah membenarkan suntingan dibuat terhadap penyertaan bagi tujuan penyiaran.
  17. Penganjur tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang berkenaan.
  18. Peserta dikehendaki mengisi borang penyertaan dalam talian yang telah disediakan di http://lrk.mcmc.gov.my
  19. Peserta dikehendaki menyimpan video penyertaan asli sekiranya diperlukan.
  20. Borang Penyertaan dalam talian lengkap hendaklah disahkan oleh Pengetua atau Wakil Pengetua melalui email yang telah dinyatakan di borang penyertaan dalam talian.
  21. Setiap video penyertaan hendaklah disertakan maklumat seperti Tajuk Produksi, Nama Pelajar dan Nama Sekolah di awal video (Sila lihat contoh di bawah)
  22. Liga Remaja Kreatif 2014
    'Tajuk Produksi'
    'Nama Pelajar'
    'Nama sekolah'

    Contoh:

    Liga Remaja Kreatif 2014
    'Kreativiti Jalur Lebar'
    'Ahmad,Fathin,Muthu,Fiona'
    'SMK Cyberjaya, Selangor'


    Hadiah

    Peringkat Negeri

    Hadiah tempat pertama
    : RM5,000 berserta 4 x kamera digital
    Hadiah tempat kedua
    : RM3,000 berserta 4 x kamera digital
    Hadiah tempat ketiga
    : RM2,000 berserta 4 x kamera digital
    Hadiah saguhati
    : RM500 x 7

    Peringkat Kebangsaan

    Hadiah tempat pertama
    : RM10,000 berserta 4 x iPhone
    Hadiah tempat kedua
    : RM7,500 berserta 4 x iPhone
    Hadiah tempat ketiga
    : RM5,000 berserta 4 x iPhone
    Portal Internet Terbaik
    : RM5,000 berserta 4 x iPhone
    Aplikasi Mudah Alih Terbaik
    : RM5,000 berserta 4 x iPhone
    Video Paling Popular
    : RM2,500